Friday, August 28, 2009

Question 3 (Ramadhan)

Ok, mula-mula sekali, Bang Senak sangat-sangat meminta maaf kerana sudah terlalu lama sehingga bersawang-sawang nampaknya blog ini.

Seperti sangat coincidence sekali kerana Bang Senak meminta maaf di bulan Ramadhan yg Mulia ini, jadi anda semua wajib memaafkan, ye tidak? :)

Ok, sempena bulan Ramadhan yg Mulia ini juga, Bang Senak menerima pelbagai soalan-soalan mengenai kesihatan dan, seperti tidak ada kena-mengena beberapa soalan juga berbau soal jawab Agama.

@-@' <--- Ini rupa Bang Senak ketika menerima soalan tersebut, seperti penghantar tersebut salah membaca blog, Bang Senak dibaca sebagai Ustaz Senak. Wahai pembaca-pembaca sekalian, kalau Ustaz sedang senak, tak kusyuk sembahyang tau?...

Tapi tak mengapa, sebagai tidak menghampakan Bang Senak akan cuba juga untuk menjawab soalan tersebut dengan pengetahuan Bang Senak serba sedikit.

Soalan-soalannya adalah (macam nak bg award, ceh~~)

1. Bang Senak,dibulan puasa ini seperti yg sedia maklum, semua umat Islam dilarang untuk makan dan minum kerana akan membatalkan puasa. Soalan saya, hubungan seks itu tidak ada kena mengena dgn makan dan minum, tetapi, kenapa ia juga boleh membatalkan puasa?

oleh : Newly Wed, KL.

2. Dr. Bang Senak, dibulan puasa ini, bolehkah kita menonton video lucah ketika sedang berpuasa?

oleh : barusunat, sepang.


Jawapan Bang Senak.

Owh, adik-adikku, sememangnya ramai juga yg masih keliru dengan larangan-larangan ketika berpuasa ya?

Apa, masa ustazah/ustaz mengajar dulu tak bg perhatian atau sibuk tidur?!

Soalan-soalan sebegini seharusnya ditanya oleh orang-orang kafir tepu sahaja, bukan mereka yg beragama Islam yg sudah didedahkan dari sejak dari kecil lagi.

Begini, jawapan Bang Senak, utk soalan pertama; siapa yang kata jimak tidak ada kena mengena ngan makan dan minum? Siapa?

Pernah dengar mengenai Oral Sex? Fahamkan maksud oral disini ya. Wikipedia sedia membantu.

Kemudian semasa kita sedang berpuasa, didefinisikan salah satu perkara yang membatalkan puasa ialah jika kita 'memasukkan sesuatu kedalam rongga terbuka akan membatal puasa'.

Jadi, ketika melakukan hubungan seks, jika suami memasukkan 'sesuatu' kedalam 'rongga' isteri yang terbuka atau dibuka atau diselak, maka bukankah boleh terbatal puasa itu?

Yalah, sedangkan korek hidung pun batal puasa, itu sesuatu yang tu kecik, ni kan pula 'anu' anda yang besar (sedikit), lagiii la.

(Sesetangah pihak akan membidas, hubungan seks tak semestinya kena masuk, gentel-gentel pun boleh apa. Saya jawab, barang dah ada depan mata pun nak gentel-gentel sahaja?)

Kemudian bagi soalan ke 2 pula,

Boleh kah tgk video lucah dibulan puase ? Isshhk.

Adik, oh adik, sungguh jahil remaja-remaja zaman sekarang (BangSenak panggil remaja berdasarkan nickname barusunat anda, melainkan anda sebenarnya adalah lelaki mualaf 40 tahun, saya minta maaf).

Bang Senak jawab soalan tersebut dengan satu soalan lain pula; Bolehkah kita menonton video lucah dibulan yg TAK puasa?

nuff said.

Sehingga bertemu kembali.

Renung-renungkan, dan selamat beramal. (saya pinjam quote ini, please don't sue)

No comments: